Pesawat Airbus, A380 milik Malaysia Airlines menuju ke landasan untuk berlepas.

KUALA LUMPUR – Langkah menyelamatkan Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) hanyalah salah satu pilihan yang akan dilakukan oleh kerajaan.

Ini kerana pada masa yang sama kerajaan sedang melihat cara terbaik yang ada untuk mempertahankan syarikat penerbangan itu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan telah membelanjakan sejumlah besar dana untuk menstruktur semula Malaysia Airlines yang mengalami masalah kewangan serius sejak lima tahun lalu.

“Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) kita telah membelanjakan sejumlah besar dana sejak lima tahun lalu dan kini kita tidak mempunyai kapasiti untuk membantu lagi.

“Tetapi ini antara opsyen (pilihan) yang pengurusan akan teliti secara baik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Dalam penstruktursan semula Malaysia Airlines, Khazanah Nasional Berhad yang memiliki syarikat penerbangan itu memperuntukan sejumlah RM6 bilion.

Namun dana itu belum habis digunakan.

Ditanya berapa banyak syarikat yang sedia untuk mengambilalih Malaysia Airlines daripada kerajaan, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak menjawab: “Let them look at it (Biar mereka melihat kepadanya)”. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: 

Tinggalkan Jawapan