Asap tebal menyelubungi kawasan kilang baja yang meletup di timur China. foto Agensi

BEIJING – Angka kematian akibat letupan besar di loji kimia di sebuah kilang di timur China melonjak kepada 47 orang.

Seramai 90 orang lagi dilaporkan cedera, menurut agensi berita Xinhua.

Letupan kuat yang kemudian diiringi kebakaran itu berlaku di kilang yang menghasilkan baja.

Pihak berkuasa gempa bumi berkata, gegeran yang berlaku di kilang itu bersamaan dengan 2.2 magnitud semasa ia meletup.

parah
Salah seorang mangsa letupan kilang baja yang diselamatkan oleh pihak berkuasa. foto Agensi

Kejadian itu berlaku pada pukul 2.50 petang pada waktu tempatan di sebuah kilang di Yancheng yang dimiliki oleh Tianjiayi Chemical.

Xinhua melaporkan seramai 640 orang telah dikejarkan ke hospital dan kebanyakan berada dalam keadaan kritikal dan berpuluh-puluh lagi kritikal.

Rakaman imej menunjukkan kebakaran itu menyebabkan berlaku bebola api dan asap tebal di kawasan sekitar.

Malah, bumbung, pintu dan tingkap kilang itu dilaporkan berterbangan.

Letupan kuat dari kilang itu turut merosakkan beberapa bangunan berhampiran. – MalaysiaGazette