Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah Anwar

KUALA LUMPUR — Mesyuarat biro politik PKR masih belum membincangkan isu peletakan jawatan Nurul Izzah Anwar sebagai anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat biro sekiranya dibangkitkan.

“Itu adalah keputusan beliau sendiri (meletakkan jawatan) dan ia telah selesai. Saya tidak mahu mengulas lanjut,” katanya ketika diminta mengulas mengenai keputusan Nurul Izzah itu selepas merasmikan sambutan ‘Global Surveyors’ Day’ 2019 di sini, hari ini.

Media melaporkan Nurul Izzah bertindak demikian kerana bertegas jawatan kepimpinan PAC perlu dipegang oleh wakil pembangkang. Masalah timbul apabila penyandang jawatan itu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang sebelum ini mewakili BN menyertai Bersatu, sebuah komponen Pakatan Harapan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dilaporkan berkata Ronald akan kekal memegang jawatan itu sehingga penggantinya ditemui.

— BERNAMA

Artikel berkaitan: 

Tinggalkan Jawapan