Friday, April 26, 2024
Home Politik Kad laporan tahunan PH gagal – Gerakan

Kad laporan tahunan PH gagal – Gerakan

Dominic Lau
Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan memberikan markah sebanyak 35 peratus atau gagal untuk kad laporan Pakatan Harapan (PH) sempena menjelang setahun mereka memerintah Malaysia.

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, ia berdasarkan kaji selidik yang dijalankan pihaknya itu berdasarkan reaksi 1,200 responden daripada pelbagai latar belakang di seluruh negara.

“Kaji selidik ini bukan sahaja dijalankan melalui kaedah soalan bertulis tetapi juga temuramah secara lisan untuk kita benar-benar dapat keputusan yang tepat daripada rakyat.

“Secara keseluruhan, berdasarkan 60 janji yang dibuat oleh Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hanya 11.7 peratus responden beri reaksi positif, 23.3 peratus reaksi bercampur dan 65 peratus reaksi negatif.

“Antara topik yang mendapat reaksi negatif paling tinggi adalah kegagalan PH mereformasi institusi politik dan kemerosotan ekonomi negara di bawah pentadbiran PH,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.-MalaysiaGazette