Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir untuk perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 MEI 2019.

KUALA LUMPUR – Saksi ke-31, Penolong Pengurus Maybank KL, Halijah Abdul Wahab tenang menjawab setiap soalan Tan Sri Muhamad Shafee Abdullah yang bertubi-tubi tentang dua syarikat berkaitan penyewelengan dana SRC RM42 juta.

Manakala bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula kelihatan lebih banyak menumpukan perhatian beliau kepada telefon bimbitnya selain cuba berswafoto semasa  prosiding berlangsung.

Turut muncul di bilik bicara, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bagi memberi sokongan kepada Najib.

Prosiding tertumpu kepada Halija yang diminta oleh Muhammad Shafee supaya memberi kepastian tentang penandatangan cek-cek dua syarikat ketika melakukan pemindahan wang ke SRC International dari Maybank.

MGF09052019_Mahkamah Najib_07
Peguam, Tan Sri Shafie Abdullah hadir untuk perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kes SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 MEI 2019.

Muhamad Shafee juga bertanyakan kepastian meminta saksi mengesahkan penandatangan Putra Perdana Construction (PPC) yang terdiri daripada Datuk Rosman Abdullah dan Jerome Lee Tak Loong.

Halijah mengesahkan bahawa Rosman adalah penandatangan untuk PPC sejak 2012, manakala Lee menjadi penanda tangan pada 2014.

Saksi juga mengesahkan bahawa mereka adalah penandatangan surat arahan pemindahan dana Putra Perdana Construction.

MGF09052019_Mahkamah Najib_08
Saksi, Penolong Pengurus Maybank Kuala Lumpur, Halijah Abdul Wahab hadir untuk perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kes SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 MEI 2019.

Di samping itu, Halijah mengesahkan bahawa Rosman dan Tak Loong juga adalah Pengarah Permai Binaraya pada tahun 2014.

Halijah juga ketika di soal Muhamad Shafee mengesahkan nama asal syarikat PPC adalah Kamunting Construction Sdn Bhd dan kini ia dikenali pula dengan nama Orangbeam Construction Sdn Bhd. –MalaysiaGazette