Datuk Ishak Yeop Hamzah menunjukan teknologi Light Emitting Diode (LED) generasi kedua dikenali OGEN LED.

KUALA LUMPUR – DBMM Jaya Sdn. Bhd. (DBMM Jaya), penyedia penyelesaian pencahayaan memperkenalkan teknologi Light Emitting Diode (LED) generasi kedua, OGEN LED yang dicipta khusus untuk penjimatan tenaga jangka panjang di samping memelihara alam sekitar.

Pengarahnya, Daniel Balaguru berkata, OGEN LED terhasil selepas penyelidikan meluas mengenai ciri-ciri bagaimana mata manusia dan spektrum cahaya berfungsi sekali gus menjadikan lampu OGEN LED satu-satunya teknologi lampu yang menghasilkan pencahayaan yang sesuai dan sepadan dengan keperluan mata manusia.

Jelas beliau, OGEN LED berbeza dengan pengeluar LED lain kerana pihaknya tidak menumpukan kepada spektrum biru dan fostor yang merangsangkan penglihatan ‘photopic’ yang memuncak pada 555 nanometer.

1d60951d-577a-4274-b0aa-030ba9ba4d3e

“Sebaliknya, kami memberi tumpuan kepada spektrum hijau dan merah yang menghasilkan pengagihan cahaya yang lebih baik yang dapat diserap dengan mudah oleh kon mata manusia.

“Ini membolehkan pengguna dapat melihat dengan lebih jelas hasil daripada peningkatan nisbah S/P yang lebih tinggi yang lebih dikenali sebagai visi mesopik,” katanya sambil memberitahu DBMM Jaya sudah beroperasi sejak 2014.

Teknologi LED mesopik unik ini diasaskan oleh dua cucu kepada pengasas syarikat elektronik terkemuka Philips pada 2005 di Belanda dan mereka berjaya menguasai 90 peratus pasaran lampu LED di Belanda dalam tempoh kurang dua tahun.

Sementara itu, Pengerusi DBMM Jaya , Mejar Jeneral (B) Datuk Ishak Yeop Hamzah, berkata OGEN LED berada dalam kelasnya tersendiri kerana mampu membantu mengurangkan bil elektrik pelanggannya serta mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2) ke alam sekitar.

“Kejayaan konsep mesopik yang menghasilkan lampu yang boleh diserap secara sempurna oleh mata manusia pada bila-bila masa membolehkannya memberikan penjimatan tenaga yang sangat tinggi, berbanding teknologi lampu LED lain.

“Teknologi ini mampu membantu organisasi dan industri kecil dan sederhana (PKS) menjimatkan kos dan meningkatkan produktiviti.

“Penjimatan ini boleh digunakan ke arah bidang lain dalam perniagaan mereka. Syarikat dan organisasi gergasi di Malaysia, berjaya menjimatkan jutaan ringgit setahun hasil daripada teknologi ini,” katanya.

f8bd0824-3d7c-485d-b7b3-6b3293fb4692
Lampu OGEN LED satu-satunya teknologi lampu yang menghasilkan pencahayaan yang sesuai dan sepadan dengan keperluan mata manusia.

Dengan pelaburan sebanyak RM9.35 juta menerusi teknologi OGEN LED ini, Ishak Yeop berkata, syarikat mencatatkan peningkatan perolehan antara 30 peratus hingga 40 peratus tahun ke tahun.

“OGEN LED membantu banyak syarikat terkemuka di Malaysia dan di rantau Asia mengurangkan kos operasi mereka secara drastik dan akan terus menolong PKS dalam usaha untuk kekal lebih kompetitif dan memberikan persekitaran alam yang lebih hijau kepada generasi akan datang,” katanya.

OGEN LED menawarkan sistem pencahayaan yang efisyen untuk semua sektor seperti perkilangan, pejabat, kediaman, jalan raya, industri minyak dan gas, kompleks sukan, pusat beli-belah, sektor pembinaan, hiburan dan pengiklanan.

Industri lain yang turut menerima manfaat adalah penghasilan makanan, kewangan, penerbangan, pertanian, pendidikan, aero angkasa dan lebuh raya. – MalaysiaGazette