KUALA LUMPUR – Ringgit melantun semula daripada kerugian semalam untuk ditutup tinggi berbanding dolar US hari ini, dipacu minat baharu meskipun kebimbangan kian meningkat terhadap pertikaian perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, ringgit naik ke paras 4.1890/1940 berbanding dolar US daripada 4.1920/1960 semasa ditutup pada Rabu.

Sementara itu ringgit diniagakan tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama yang lain.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0368/0409 daripada 3.0396/0420 pada Rabu dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8182/8239 daripada 3.8353/8400.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.2911/2991 daripada 5.2991/3050, dan naik berbanding euro kepada 4.6674/6738 daripada 4.6758/6819. – MalaysiaGazette