anggota Paramedik Ambulans maut dilanggar serpihan tayar lori.

UNITED KINGDOM – Seorang anggota paramedik terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya akibat terkena serpihan tayar lori yang meletup di atas jalan.

Mangsa, Stephen Pengilly ketika kejadian sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menunggang motosikal BMW untuk memulakan syif kerja awal di perkhidmatan ambulans South Central di Beckshire.

Pengilly dikatakan terkena serpihan tayar lori yang meletup secara tiba-tiba dan melantun ke arahnya sebelum dia tercampak daripada motosikalnya.

Mangsa yang terjatuh atas jalan raya tiga lorong itu telah dilanggar teksi Mercedes Benz yang sedang membawa penumpang ke Lapangan Terbang Heathrow.

Kebanyakan kenderaan mengelak serpihan tayar yang tidak dialihkan di jalan raya semasa kejadian.

Tayar lori itu dikatakan sekitar 60 kilogram apabila kes berkenaan didengar di mahkamah koroner.

Semasa pendengaran kes itu, balu mendiang dipersoalkan kenapa pemandu lori tidak menelefon polis apabila menyedari tayarnya meletup semasa perjalanan.

Namun, pemandu lori menjustifikasinya dengan mendakwa dia telah menghubungi penyelianya menerusi telefom bimbit dan sudah pasti majikan yang perlu melaporkan insiden tayar pecah kepada Lembaga Lebuh Raya.

Sebarang laporan kejadian itu mampu mengelak insiden kemalangan itu daripada berlaku dengan pemantauan polis di lebuh raya.

Rakan setugas mangsa turut memberithu dia pernah menasihatkan mangsa supaya tidak menggunakan tersebut  pada waktu malam disebabkan jalan yang licin dan sedikit lumpur serta tidak ada siapa akan tahu jika berlaku apa -apa kejadian buruk. – MalaysiaGazette