KUALA LUMPUR – Media hari ini digemparkan lagi dengan kemunculan satu lagi group media sosial menerusi pesanan WhatsApp.

Dalam group itu, tertera tulis episod ‘Azmin Ali part 2/4’.

Ia diwujudkan jam 6.55 petang tadi dan kini sudah ‘disertai’ oleh 49 pengamal media.

Bagaimanapun, tiada nama tertulis sebagai ‘admin’ kumpulan berkenaan.

Juga tertera nombor admin berkenaan adalah 0116124 **.

Kelmarin, media digemparkan dengan satu kumpulan WhatsApp berjudul ‘Jamuan Raya ***,” yang menyebarkan tiga video seks mirip seorang menteri Pakatan Harapan. – MalaysiaGazette