TERKINI : Bekas SUA Menteri, Sudah Hilang Kepercayaan Dengan Kerajaan PH

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Akhbar, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ahmad Soffian Mohd. Shariff mengakui beliau hilang kepercayaan dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada hari ini.

Sambil menyifatkan Zuraida Kamaruddin sebagai majikan yang baik dan komited membantu rakyat, beliau memberitahu antara sebab meletak jawatannya mempunyai kaitan dengan kes prosiding inkues kematian anggota bomba itu sebelum ini, Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Beliau menegaskan antara faktor lain yang menyebabkan dia hilang kepercayaan kerana banyak janji dalam manisfesto Pilihan Raya Umum ke-14 tidak dipenuhi.