Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Syarikat Air Selangor Sdn Bhd memaklumkan penduduk di sekitar kawasan di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air mulai jam 9 malam ini.

Menurut Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad, ia ekoran penutupan sementara operasi loji itu ekoran wujudnya pencemaran bau di kawasan itu.

“Pihak kami dengan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan sedang bekerjasama bagi mengenalpasti punca pencemaran.

“Kami akan mengemaskini maklumat terkini dan senarai kawasan yang terkesan. Pihak kami sedang berusaha mengatasi masalah ini dan kerjasama pengguna amatlah dihargai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Abdul Raof tidak menjejaskan sehingga bila penutupan sementara loji akan mengambil masa.

Pengguna dinasihatkan untuk merujuk www.syabas.com.my bagi mendapatkan maklumat dan status terkini. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.