Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sambil diiringi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (kiri) pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen Yang Keempat Belas 2019 turut hadir Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 MAC 2019

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah memutuskan Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI pada 30 Julai 2019 sebagai cuti umum seluruh negara.

Ketua Setiausaha Negara, Dr.Ismail Bakar berkata, pengisytiharan hari kelepasan am tamabahan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Manakala, katanya, bagi Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang di negeri masing-masing.- MalaysiaGazette