Menteri Kerja Raya, Baru Bian bercakap kepada media ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 JULAI 2019

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerjaya Raya belum menerima tawaran rasmi daripada Maju Holdings Sdn.Bhd (Maju) untuk mengambil alih PLUS Malaysia Berhad.

“Kami tidak terima secara cadagan, bagi saya dari kementerian.. itu (tawaran) tidak terima secara rasmi (ambil alih PLUS),” kata Menteri Kerjaraya< Baru Bian di lobi Parlimen hari ini.

The Edge baru-baru ini melaporkan bahawa Maju Holdings mengemukakan tawaran baharu untuk mengambil alih konsesi lenbuh raya itu.

Katanya, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan spekulasi itu yang mana Pengerusi Eksekutif Maju Holdings, Abu Sahid Mohamed mengemukakan cadangan tersebut dan ia merupakan satu-satunya syarikat yang tampil membuat tawaran setakat ini.

Malah The Edge juga mendakwa hanya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sahaja yang menentang tindakan itu tanpa memelaporkan sebab di sebalik bantahannya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.