Segej Milinkovic-Savic

LONDON – Manchester United dilaporkan kembali berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Lazio, Segej Milinkovic-Savic.

Namun menurut Sky Sports, kelab Inggeris itu perlu membayar £90 juta jika serius mahukan pemain berusia 24 tahun itu di Old Trafford pada musim hadapan.

Malah Lazio juga tidak akan berganjak untuk menurunkan nilai tersebut.

Milinkovic-Savic menandatangani kontrak baharu untuk kekal bersama Lazio pada Oktober tahun lalu.

Pemain itu dikatakan berminat untuk menyertai United namun tidak memaksa kelab untuk menerima tawaran kelab Liga Inggeris itu.

Ini bukan kali pertama pemain antarabangsa Serbia itu dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford.

Jose Mourinho pernah menilai kemampuan pemain ini dalam satu perlawanan antarabangsa sekitar Oktober lalu  ketika masih bergelar pengendali Red Devils.

Sejak menyertai Lazio pada 2014 dari kelab Belgium, Genk, Milinkovic-Savic telah menjaringkan 31 gol dari 138 penampilan bersama kelab Serie A itu.

United dikatakan sedang mencari sekurang-kurangnya seorang pemain tengah di jendela perpindahan kali ini.

Pemain perancang Sporting Lisbon, Bruno Fernandes; pemain muda Newcastle United, Sean Longstaff; dan pemain Southampton, Mario Lemina adalah antara pemain yang dikaitkan dengan juara 20 kali Liga Inggeris itu. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.