SEOUL – Harga minyak naik disokong oleh jangkaan lebih banyak pengurangan minyak oleh OPEC dan kebimbangan tentang pertikaian perdagangan antara China dan Amerika Syarikat yang akan mengakibatkan kelembapan ekonomi hingga menjejaskan permintaan minyak mentah.

Penanda aras antarabangsa untuk niaga hadapan Brent didagangkan sebanyak AS$57.61 setong pada 0009 GMT, naik AS$0.23 berbanding dagangan sebelumnya.

Manakala West Texas Intermediate pula didagangkan AS$52.79 setong naik AS$0.25.

Kedua-dua kontrak melonjak lebih daripada 2 peratus pada hari Khamis untuk pulih daripada paras rendah bulan Januari dipacu oleh laporan yang Arab Saudi, yang telah memanggil pengeluar lain untuk membincangkan kejatuhan harga minyak.

Harga minyak telah rugi lebih daripada 20 peratus daripada harga puncak pada April lalu.

Pasaran kewangan global telah dikejutkan dengan pengumuman Presiden Donald Trump untuk melaksanakan tarif import sebanyak 10 peratus bagi produk China mulai September ini, mencetuskan kebimbangan tentang perang matawang.

Matawang yuan mengukuh berbanding dolar dipacu oleh pertumbuhan kukuh eksport pada bulan Julai. – MalaysiaGazette