Friday, April 26, 2024
Home Sukan Aubameyang muncul wira

Aubameyang muncul wira

Pierre-Emerick Aubameyang

NEWCASTLE – Pierre-Emerick Aubameyang membantu Arsenal membuka kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan tipis selepas jaringan tunggalnya membolehkan Gunners menundukkan Newcastle United 1-0 malam tadi.

Dalam aksi di Saint James Park, pengendali Arsenal, Unai Emery tidak menurunkan Mesut Ozil dan Sead Kolasinac atas alasan kesihatan manakala Nicolas Pepe, Dani Ceballos serta Gabriel Martinelli bermula dari bangku simpanan.

Kemenangan pertama itu memberi harapan buat Emery untuk mencari keputusan positif pada musim baharu selepas pasukannya terkeluar daripada kelompok empat terbaik musim lalu.

Lebih malang Arsenal juga tewas kepada Chelsea dalam final Liga Europa, sekali gus meleburkan impian untuk ke kelayakan Liga Juara-Juara.

Gunners buntu mencari gol pada separuh masa pertama dan  terpaksa menunggu sehingga babak kedua untuk mencipta gol selepas Aubameyang menewaskan penjaga gol, Martin Dubravka pada minit ke-58.

Jaringan Aubameyang mencalarkan rekod pengurus baharu Newcastle, Steve Bruce yang membuat penampilan pertama bersama kelab yang menjadi idolanya zaman kanak-kanak. – MalaysiaGazette