Penulis di hadapan gereja yang menjadi medan pembunuhan beramai-ramai.

CERITANYA mudah. Mereka ibarat orang Melayu tetapi ada yang dari keturunan Jawa, ada dari keturunan Banjar. Dalam konteks Rwanda, mereka ada yang dari keturunan Hutu, ada keturunan Tutsi.

Hutu ini majoriti dan Tutsi minoriti. Hutu menguasai politik namun Tutsi pula menguasai ekonomi. Masing-masing simpan perasaan cemburu, iri hati, tak puas hati antara satu sama lain sejak zaman berzaman.

Kemuncaknya berlaku perang saudara pada tahun 1994 di antara sesama mereka hingga mengorbankan jutaan rakyatnya.

Tadi saya singgah di salah sebuah gereja yang menjadi lokasi pembunuhan beramai-ramai negara itu.

Di gereja ini saja, lebih 2,000 penduduk kampung berketurunan Tutsi yang cuba mencari perlindungan di dalamnya telah diseksa, dirogol dan ditembak saudara mereka dari keturunan Hutu!

memorial1

Sehingga kini kerajaan Rwanda memelihara gereja tersebut sebagai ‘peringatan’ dan pengajaran pada rakyatnya mengenai pentingnya perpaduan dan betapa peritnya perpecahan.

Di dalam gereja ini masih terdapat ribuan pakaian mangsa yang dibunuh dan tulang temulang mereka.

memorial2

Di luar gereja pula menempatkan lebih 40,000 tulang mangsa-mangsa yang mati akibat perang saudara tersebut yang disemadikan beramai-ramai dalam satu perkuburan besar.

Apa pengajaran yang boleh kita peroleh dari mereka? – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.