Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Noraini Ahmad mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di atas pelantikannya menerajui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Bekas Menteri Pengajian Tinggi itu yakin kementerian berkenaan akan dikelola dengan baik.

“Saya bangga kementerian berada di tangan yang selamat dan saya yakin semua inisiatif yang baik akan diteruskan untuk pelajar dan demi masa depan baik generasi negara ini,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Disember lalu menamakan Ahli Parlimen Kota Tinggi itu sebagai Menteri Pengajian Tinggi, menggantikan Noraini.

Mohamed Khaled pernah menjawat jawatan Menteri Pengajian Tinggi pada 2008 hingga 2013.

Selepas sesi mengangkat sumpah semalam, beliau bertekad untuk melonjakkan sektor pengajian tinggi negara ke tahap yang lebih baik. – MalaysiaGazette