Kira-kira 50 kakitangan Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd (Eaglexpress) yang kini di Jeddah gusar dengan nasib mereka selepas dimaklumkan hanya akan dibawa pulang oleh syarikat penerbangan sewa itu pada 1 Januari tahun depan.
Umi Kalsom Arbain menunjukkan suasana pemandangan yang dapat dilihat kepada anaknya Muhammad Aniq Rayyan dengan berlatarkan Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari pertama operasi di Stesen Pusat Bandar Damansara dan Stesen Sungai Buloh, Selangor. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 16 DISEMBER 2016.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) harus mengambil tindakan drastik bagi menangani keganasan di Aleppo, Syria dan memastikan rakyatnya diberi keutamaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Pembatalan undangan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ke istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara bukan atas arahan Pejabat Perdana Menteri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Dzulkifli Mahmud berkata, di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, kerajaan mensasarkan sektor swasta untuk memperbaiki perolehan eksport melebihi 40 peratus kepada RM195 bilion berbanding RM135 bilion pada 2015.
Niaga hadapan Brent pada harga AS$54.29 setong naik 0.5 peratus. West Texas Intermediate (WTI) bertambah 0.61 peratus kepada AS$51.21 setong.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Noh Omar telah membuat laporan polis berhubung penerimaan khidmat pesanan ringkas (sms) yang mendakwa beliau melindungi seorang penipu.
Sinchew Daily melaporkan, ia bertujuan menggalakkan orang ramai menamakan waris memandangkan sebanyak 73 peratus pencarum belum menamakan waris masing-masing.
Mahkamah Singapura mendapati Yvonne Seah Yew Foong bersalah terhadap tiga pertuduhan membantu memalsukan dokumen dan gagal melaporkan urus niaga mencurigakan dalam kes penggubahan wang haram yang dikaitkan Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Mulai 1 Oktober tahun 2017 semua agensi mengendalikan umrah perlu mempunyai lesen khas Umrah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.