Home Utama Kes 1MDB: Seorang lagi kakitangan BSI didapati bersalah

Kes 1MDB: Seorang lagi kakitangan BSI didapati bersalah

1MDB

Mahkamah Singapura mendapati Yvonne Seah Yew Foong bersalah terhadap tiga pertuduhan membantu memalsukan dokumen dan gagal melaporkan urus niaga mencurigakan dalam kes penggubahan wang haram yang dikaitkan Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.

Seah, 45, adalah bekas pegawai bank swasta BSI SA menjadi individu kedua yang disabitkan dalam siasatan pengubahan wang haram yang ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pendakwa raya akan mengambil kira empat pertuduhan lain dalam permintaan hukuman.

Penyelia Seah, Yak Yew Chee kini sedang menjalani satu hukuman penjara 18 minggu selepas didapati bersalah dalam pertuduhan sama pada November lalu.

Kedua-dua mereka menjaga akaun Jho Low, 1MDB dan entiti yang berkaitan serta merupakan antara enam pekerja BSI yang dirujuk kepada pendakwa raya oleh Bank Pusat Singapura.

Bank Pusat Singapura telah mengarahkan BSI ditutup pada Mei lalu selepas pihak berkuasa mendapati pelanggaran anti pengubahan wang haram yang serius.

Singapura telah mengenal pasti Jho Low sebagai individu utama yang mempunyai kepentingan dalam siasatan 1MDB, sebelum ini menjelaskan tugas beliau dengan 1MDB sebagai perunding tidak rasmi dan tidak melanggar mana-mana undang-undang. – MalaysiaGazette