Noh Omar
KUALA LUMPUR – Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Noh Omar telah membuat laporan polis berhubung penerimaan khidmat pesanan ringkas (sms) yang mendakwa beliau melindungi seorang penipu.

Menurut kertas laporan polis, Noh menerima sms yang mana penghantarnya tidak dikenali pada 2 Disember lalu ketika beliau berada di pejabat di Putrajaya.

Penghantar sms yang mendakwa sebagai ahli UMNO dikatakan mahu mengadu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Noh membantu seorang penipu yang menipu RM25 juta daripada rakyat di Perak.

Menurut dakwaan itu lagi, walaupun penipu itu telah diberkas, tetapi dia dibebaskan atas jaminan melalui isterinya yang bekerja di mahkamah.

China Press melaporkan, penipu tersebut didapati wujud dalam kes polis dan didakwa pada awal bulan ini kerana disyaki menipu RM3.75 juta.

Polis bagaimanapun belum merakamkan kenyataan daripada Noh berhubung laporan polis yang dibuatnya.

Noh menafikan beliau pernah melindungi penipu dan memberitatu bahawa beliau tidak mengenali penghantar sms tersebut.