Lokasi tempat bom buatan ditemui dikawal rapi oleh polis. foto Reuters

OSLO – Polis Norway berjaya memusnahkan alat peranti seperti bom yang ditemui di tengah bandar ini.

Suspek telah ditahan dan polis sedang menjalankan siasatan.

Reuters melaporkan berlaku bunyi letupan kuat sejurus selepas ketibaan skuad bom di Oslo.

“Bunyi daripada letupan itu lebih kuat berbanding letupan biasa,” kata jurucakap polis sambil memberitahu siasatan di kawasan penemuan alat peranti sedang dijalankan.

Meskipun begitu, alat peranti itu hanya mampu menyebabkan kerosakan terhad.

Kawasan Groenland di Oslo merupakan kawasan kejiranan pelbagai etnik yang menempatkan bar yang popular dan restoran serta beberapa buah masjid, juga balai polis utama di bandar ini terletak, kurang daripada satu kilometer dari alat peranti ditemui. – MalaysiaGazette