Fuziah persoal bagaimana gambar beliau disoal siasat SKMM boleh tular di media sosial.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) mendakwa berlaku salah laku dalam kalangan pegawai agensi berkenaan berhubung sekeping gambar beliau yang dipanggil memberi keterangan.

Katanya, beliau hairan bagaimana gambar yang diambil oleh seorang pegawai SKMM itu boleh tersebar dan dimuatnaik di laman Instagram UMNO Kluang menerusi link https://www.instagram.com/p/B01RganLIQ/?utm_source=ig_web_button_share_sheet.

“Merujuk kenyataan media oleh pihak SKMM bertajuk “Sebar berita palsu, bekas Timbalan Menteri dirakam percakapan” bertarikh 11 April 2020.

“Saya ingin memaklumkan, saya sudah membuat satu aduan kepada SKMM berkenaan salah laku seorang pegawai SKMM yang telah mengambil gambar dalam bilik siasatan sewaktu siasatan dijalankan oleh SKMM dan polis di IPD Kuantan pada 10 April, jam 8.56 malam.

“Saya juga turut melaporkan saya musykil bagaimana gambar tersebut kemudiannya dimuat naik di laman Instagram UMNO Kluang menerusi link https://www.instagram.com/p/B01RganLIQ/?utm_source=ig_web_button_share_sheet yang dilihat pada keesokan harinya pada 11 April Sabtu,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Baru-baru ini, Fuziah yang merupakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memuatnaik dalam akaun Facebooknya sebuah video lama yang bertajuk, “Berlaku keadaan tidak terkawal di Bangunan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), Johor”.

Bagaimanapun, selepas menyedari video itu tidak benar, beliau bertindak memadamkan posting berkenaan, tetapi telah diambil tindakan siasatan oleh polis berikutan ada laporan dibuat mengenai fitnah itu.

Menurut Fuziah, walaupun link itu tidak boleh diakses lagi hari ini, tetapi masih boleh lihat pada hari semalam 13 April ketika surat aduan ini dibuat.

“Saya telah melaporkan kekhuatiran saya, telah berlaku satu perlanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika dalam soal siasat, di mana bilik siasatan merupakan kawasan larangan mengambil gambar.

“Saya juga mengadu berkenaan kekhuatiran saya, ada kemungkinan berlaku salah guna kuasa pihak yang bertanggungjawab ke atas siasatan terhadap saya,” katanya.

Serentak itu, beliau membuat aduan kepada SKMM berkenaan cubaan untuk membuka dan mengambil alih akaun e-mel serta cubaan menukar kata laluan Facebook pada Ahad 12 April lalu selepas telefon diserahkan kepada SKMM pada malam siasatan tersebut dijalankan (10 April 2020).

Katanya, beliau nyatakan dalam aduan itu harapannya agar SKMM mengambil tindakan di atas salah laku pegawai berkenaan sekiranya didapati bersalah. – MalaysiaGazette

12 Komen

  1. Apa beza dgn tindakan Lathefa Koya dulu tu.
    Dah kena kantoi, terima lah padahnya.
    Menipu tu dalam tatakerja PH rupa2nya

  2. Biarpun saya penyokong kerajaan tetapi mereka yang menyebarkan kebocorkan maklumat hendaklah diambil tindakan…

  3. Budaya ph sering menyalahkan namun x langsung ambil peduli setiap kesalahan sendiri…

  4. Biasalah ph dengan budayanya yg sering suka menyalahkan tanpa ambil peduli akan kesalahan sendiri..

  5. teknik alih perhatian ni dah tak boleh pakai… hentikanlah nak divert isu dgn cipta isu lain… dah terkantoi sebar berita palsu belum insaf juga…

Comments are closed.