Honda City antara model yang mendapat permintaan pada bulan Julai lalu.
KUALA LUMPUR – Honda Malaysia merekodkan pendaftaran tertinggi kereta jenama itu pada Julai, dengan sebanyak 12,808 unit dijual.

Dalam kenyataan hari ini, Honda berkata, City, Civic dan Jazz merupakan model paling laris dijual pada bulan berkenaan dengan penguasaan jualan masing-masing sebanyak 36 peratus, 19 peratus dan 16 peratus.

“City menjadi kegemaran Malaysia kerana berbaloi dengan nilainya selain cirinya yang ideal untuk kegunaan persendirian atau keluarga,” kata Honda dalam kenyataan itu.

Honda Malaysia juga berkata, ia akan memperkenal satu lagi model popular di pasaran Malaysia – HR-V, baharu tidak lama lagi. – MalaysiaGazette