Muhammad Aiman Zainali. f
Muhammad Aiman Zainali. foto IQBAL BASRI, 17 FEBRUARI 2019

SEMENYIH – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Muhammad Aiman Aiman Zainali menjadi bualan warganet di media sosial.

Rata-rata mereka memuji gabungan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengetengahkan individu yang dilihat sesuai untuk pengundi Semenyih.

Malah ada juga yang teruja dengan Ijazah Kelas Pertama dalam Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) lelaki berusia 30 tahun itu.

“Muhammad Aiman Zainali, calon PH untuk PRK N24 Semenyih ada First Class Degree dalam Electrical Engineering. First Class beb.

“Tahu siapa lagi ada first class degree? John Deacon ex-bassist Queen. First Class Degree in Electronics from Chelsea College London,” ciap @asrulmm di Twitter hari ini.

Status itu mencuri tumpuan seorang lagi warganet yang menyamakan pencapaian terbaik ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan selebriti ternama United Kingdom, Rowan Atkinson.

Atkinson terkenal Eropah dengan watak Mr. Bean.

“Jangan lupa Rowan Atkinson, pelakon Mr. Bean. PhD dia dalam electrical engineering,” komen @dkamrl pula.

Untuk rekod, Aiman kini sedang menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang sama. -MalaysiaGazette