Putera Abdulaziz bin Salman. foto Agensi

DUBAI – Arab Saudi melantik Putera Abdulaziz bin Salman, sebagai Menteri Tenaga yang baharu, menggantikan Khalid al-Falih, lapor agensi berita SPA yang memetik dikri diraja.

Pelantikan itu merupakan kali pertama dibuat membabitkan anggota keluarga diraja Al Saud.

Putera Abdulaziz adalah anggota lama Arab Saudi di Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dengan pengalaman selama beberapa dekad dalam sektor minyak.

Sebagai seorang veteran pembuat dasar OPEC, Putera Abdulaziz tidak dijangka mengubah dasar minyak kerajaan, memandangkan beliau membantu melakukan rundingan perjanjian antara OPEC dan negara-negara bukan OPEC untuk mengurangkan bekalan minyak mentah global dalam usaha menyokong harga dan mengimbangi pasaran, kata penganalisis.

Pada tahun 2017, beliau dinamakan Menteri Negara bagi Hal Ehwal Tenaga, dan telah bekerja rapat dengan Menteri Minyak sebelum ini, Ali al-Naimi sebagai timbalannya selama bertahun-tahun.

Sesetengah individu dalam industri berkata, pengalaman panjang putera itu menyebabkan tidak mungkin kerabat raja dilantik sebagai Menteri Tenaga Arab Saudi.

Ini kerana, pada pemikiran konvensional keluarga Al Saud yang memerintah telah melihat portfolio minyak sebagai sangat penting dan menyerahkan jawatab itu kepada putera mungkin mengganggu keseimbangan kuasa dan dinasti.

Arab Saudi mempunyai lima Menteri Minyak sejak tahun 1960, dan tidak satu pun daripada mereka daripada kerabat.

Bulan lalu, Arab Saudi mewujudkan Kementerian Industri dan Sumber Asli, memisahkannya daripada Kementerian Tenaga.

Sebelum pemisahan itu, Al-Falih bertindak memantau lebih separuh daripada ekonomi Ara Saudi.

Al-Falih telah disingkirkan sebagai pengerusi Aramco dan menggantikannya dengan Yasser al-Rumayyan yang sebelum ini telah menerajui dana kekayaan negara, PIF.

Arab Saudi menghasilkan kurang daripada 10 juta tong minyak mentah sehari pada tahun ini, dibawah unjuran OPEC. – MalaysiaGazette