Serena William melangkah ke separuh akhir Terbuka AS 2019 semalam.

AMERIKA SYARIKAT – Serena William menampah nama sebagai pilihan juara Tenis terbuka Amerika Syarikat kali ini selepas membelasah bintang China Wang Qiang dalam aksi suku akhir semalam.

Serena hanya memerlukan masa 44 minit dan menundukkan Qiang dengan keputusan besar 6-1 6-0 tanpa belas kasihan di Stadium Arthur Ashe.

Ratu wanita berusia 37 tahun itu yang menduduki rangking kelapan dunia mensasarkan gelaran Grand Slam ke-24.

Serena akan berdepan Elina Svitolina dari Ukraine di aksi separuh akhir nanti.

Juara bertahan enam kali Terbuka AS itu tidak pernah menjulang sebarang kemenangan sejak melahirkan anak perempuan Olympia pada September 2017.- MalaysiaGazette