Iklan Zara yang didakwa persenda konflik kemanusian yang berlaku di Gaza.

OVIEDO, Sepanyol – Zara terpaksa menarik balik iklan kontroversi di laman webnya pada hari Isnin di tengah-tengah gesaan daripada aktivis Palestin supaya memboikot jenama fesyen popular itu.

Iklan terbaharu Zara menampilkan model Kristen McMenamy menggayakan koleksi pakaian syarikat itu dengan mengusung patung mannequin berbalut kain putih pada bahunya.

Dalam satu imej lain, model kelihatan sedih memegang figura manusia yang dibalut putih di atas bahunya, mengingatkan kain kafan putih yang digunakan untuk menutup orang mati.

Di belakangnya, ketulan plaster keluar dari dinding.

Imej lain menunjukkan peragawati hilang anggota badan.

Beberapa aktivis pro-Palestin ada kaitan dengan kemusnahan Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober, yang menyaksikan lebih 18,000 orang telah terbunuh.

Para aktivis, terkejut dengan persamaan gambar dengan keadaan huru-hara di Gaza yang mana penduduk terpaksa mengusung mayat.

Rentetan iklan yang kontroversi itu edia sosial Zara diserang dengan beribu-ribu mesej yang menyeru boikot.

Akhirnya, #BoycottZara telah menjadi ‘tersohor’ di platform media sosial X.

“Saya adalah pelanggan setia lama untuk pakaian dan minyak wangi. Tapi tidak lagi.

“Kempen yang sangat tidak menyenangkan. Saya tidak boleh sejajar dengan syarikat yang tidak mempunyai moral,” tulis pengguna ms_diannac.

“Jadi pekak. Atau lebih teruk, sengaja meraikan pembunuhan beramai-ramai,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.

Dalam pada itu, beberapa imej kempen lain Zara masih kekal, seperti yang diambil di studio artis.

Menurut Zara, mereka meraikan “komitmen jenama itu terhadap ekspresi artistik.”

Ini bukan kali pertama Zara dilanda kontroversi berhubung isu Palestin.

Pada 2022, beberapa aktivis Palestin menggesa boikot selepas pemilik francais kedai di Israel menganjurkan kempen untuk ahli politik sayap kanan Itamar Ben-Gvir di rumahnya.

Semasa Ben-Gvir mempertahankan kedai itu di media sosial, rakyat Palestin berkongsi video di mana mereka membakar pakaian yang mereka beli dari kedai tersebut. – Agensi