Foto Instagram Zulin Aziz.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara Zulin Aziz memberi bayangan seolah-olah sudah bercerai dengan suaminya Farhan Norzaini biar pun baru setahun mendirikan rumah tangga.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, memberitahu tiada lagi persefahaman antara mereka.

“Mungkin sampai sini sahaja kisah kami. Tiada persefahaman.

“Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang, Insya Allah masa merawat semuanya. Terima kasih untuk semuanya. Jaga diri,” katanya.

Zulin menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya berserta gambar hari pernikahan mereka.

Menerusi ruangan komen ramai yang memberi reaksi terkejut dengan berita tersebut memandangkan pasangan ini selalu menunjukkan kebahagiaan mereka bersama.

Untuk rekod Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022. – MalaysiaGazette