Ellen DeGeneres

NEW YORK- Pengacara televisyen popular Amerika Syarikat (AS), Ellen DeGeneres mengakui dirinya positif Covid-19.

“Hai semua, saya ingin memberitahu anda semua bahawa saya positif untuk Covid-19. Nasib baik, saya berasa sihat sekarang, ” kata selebriti berusia 62 tahun itu  dalam kenyataan yang disiarkan di Twitter semalam.

“Sesiapa yang telah berhubungan dekat dengan saya telah diberitahu dan saya mengikuti semua panduan kesihatan yang tepat,” tambahnya lagi dipetik dari DailyMail.

Menurut Ellen, dia akan berjumpa semula dengan peminatnya selepas tamat ‘percutiannya’ dan berharap mereka selamat dan sihat.

Ellen merupakan pengacara popular dengan siri bual bicara bersama artis Hollywood dan figura terkenal di AS.- MalaysiaGazette