Tag: 150 notis
150 notis dikeluarkan dalam Ops Khas Motosikal HRAA
Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) mengeluarkan 150 notis dan menyita enam motosikal dalam Operasi Khas Motosikal sempena Hari Raya Aidiladha (HRAA) di Plaza Tol Sentul Pasar, Kuala Lumpur, malam tadi. Operasi selama tiga jam itu melibatkan pemeriksaan terhadap 2,887 kenderaan dengan 79 daripadanya diambil tindakan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh, tiada insurans dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.








