Tag: 1MDB
Najib Tiba Di Mahkamah Bagi Keputusan Kes Skandal 1MDB
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah hari ini bagi mendengar keputusan berkaitan kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mendapat perhatian meluas rakyat dan antarabangsa.
Orang ramai mula tiba di Istana Kehakiman ikuti keputusan 1MDB
Orang ramai tiba di pekarangan Istana Kehakiman di sini pagi ini bagi mengikuti perkembangan kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bebas atau bersalah, kes 1MDB Najib diputuskan esok
Selepas tujuh tahun `turun naik' mahkamah, kes penyelewengan RM2.3 billion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Datuk Seri Najib Razak akan diputuskan pada `boxing day', esok.
Kerajaan dibenar lanjut tempoh sekatan terhadap Petrosaudi
Kerajaan dibenar melanjutkan tempoh sekatan terhadap PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid daripada menggunakan AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
SPRM dalam proses bawa pulang aset bernilai tinggi 1MDB
Pemulangan aset-aset ini telah dipersetujui sebagai sebahagian daripada usaha pemulihan aset berkaitan 1MDB serta hasil perbincangan dua hala antara SPRM dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan DOJ yang berlangsung di Washington dan New York pada 9 dan 11 Disember lalu.
SPRM perkukuh kerjasama strategik antarabangsa dengan FBI, USDOJ
Perbincangan berkenaan berlangsung di Ibu Pejabat FBI dan USDOJ bertujuan mengeratkan kembali kerjasama dan kolaborasi di peringkat global di antara dua agensi penguatkuasaan.
1MDB: 12 lukisan bernilai AS$30 juta akan dikembalikan kepada Malaysia
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa dianggarkan 12 lukisan milik Jasmine Loo yang dipegang oleh Christie’s dan Sotheby’s Auction House Amerika Syarikat (AS) bernilai melebihi USD30 juta.
1MDB: Malaysia terus berusaha bawa Tim Leissner ke muka pengadilan
"Sehingga hari ini, negara kita mengalami bukan sahaja kesan implikasi kewangan yang berterusan, tetapi juga kerugian yang tidak dapat dipulihkan sehingga usaha giat kita selesai sepenuhnya," katanya.
RM42 bilion hutang 1MDB telah dibayar – Anwar
Hutang pasaran 1MDB yang diwarisi sejak 2018 berjumlah RM34 bilion dari segi nilai prinsipal dan melibatkan komitmen faedah kira-kira RM17 bilion.
Kakak dan sekutu Jho Low kena bayar AS$2.7 bilion kepada 1MDB
Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan kakak dan sekutu ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low membayar ganti rugi berjumlah AS$2.7 bilion (RM11.6 bilion) kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan empat anak syarikatnya berkaitan dana yang diseleweng.

















