Gambar SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 hingga 11 Disember lalu mengetuai dua siri perbincangan rasmi dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (USDOJ) di Washington DC dan New York.

SPRM menerusi kenyataan berkata, berbincangan berkenaan berlangsung di Ibu Pejabat FBI dan USDOJ bertujuan mengeratkan kembali kerjasama dan kolaborasi peringkat global di antara dua agensi penguatkuasaan.

Jelasnya, dalam masa yang sama, perbincangan berkenaan bertujuan memperkukuhkan kerjasama penyiasatan, proses bantuan perundangan bersama (MLA) serta usaha pemulihan aset berkaitan 1MDB yang masih berada di luar negara.

“FBI dan USDOJ menegaskan komitmen penuh terhadap kerjasama rentas sempadan serta koordinasi antarabangsa dengan SPRM, AGC dan NFCC dipertingkat bagi memastikan semua aset yang masih berada di luar negara dapat dijejak, disita dan dipulihkan mengikut undang-undang,” katanya.

Terdahulu, agensi itu berkata, sesi perbincangan diketuai oleh Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin.

Turut dihadir Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Datuk Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil dan Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara (AGC), Norinna Bahadun.

Terdahulu, lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Washington, D.C. disambut oleh Varinder Singh, Attaché (FBI) ke Malaysia dan mesyuarat bersama FBI telah di Pengerusikan oleh Section Chief Spencer Horn Chris Padurano, (Washington D.C.).

Manakala perbincangan di New York telah dipengerusikan oleh Assistant Special Agent In Charge, Paul Roberts. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast