Tag: Adendum Najib
PN bimbang wujud implikasi kuasa prerogatif YDPA, Raja-Raja Melayu
Kuasa prerogatif tersebut telah dinyatakan secara jelas dalam Laporan Suruhanjaya Reid bagi memelihara kuasa dan prestij institusi Diraja, seperti yang telah diterjemahkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pemuda UMNO Selangor beri Bee Yin 24 jam untuk mohon maaf
Ketua Pemuda UMNO Puchong, Khairul Azmil Bashir Mohamed berkata, sekiranya desakan untuk meminta maaf secara terbuka itu gagal dipenuhi Bee Yin maka UMNO Bahagian Puchong akan memutuskan sebarang bentuk kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) Puchong serta-merta.
Rakyat tak perlu simpati dengan Najib, keadilan mesti ditegakkan – Tony
Tony Pua berkata, keputusan mahkamah jelas bahawa tiada asas untuk membenarkan tahanan rumah bagi individu yang disifatkannya sebagai “penjenayah terbesar di Malaysia”.
Bee Yin gagal fahami sensitiviti politik – Halimaton
Halimaton Saadiah berkata sayap itu menyifatkan hantaran berkenaan sebagai biadab serta memperlihatkan seolah-olah rasa senang dan meraikan keputusan mahkamah, selain turut melibatkan beberapa pemimpin DAP lain.
Tolak Titah Adendum Najib risiko cabar kedudukan Agong, Raja-Raja – Pas
Pas memandang serius keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah berikutan Titah Addendum Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16, semalam.
Titah Adendum Najib, Pemuda Pas dakwa Putrajaya gagal junjung YDPA
Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, keputusan tersebut turut menggambarkan kealpaan dan kesilapan serius Kerajaan Persekutuan dalam menguruskan Titah berkenaan supaya melalui prosedur perundangan yang betul.
Jangan simbah minyak pada api yang sedang marak – Zahid
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, sebarang kenyataan yang bersifat provokatif hanya akan menambahkan ketegangan dalam situasi yang sedang hangat diperkatakan.
Hantaran Bee Yin: UMNO beri isyarat nilai semula kerjasama Kerajaan Perpaduan...
Setiausaha Agung UMNO berkata, kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin berhubung keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan terhadap bekas Perdana Menteri itu.
Zambry tegur Bee Yin ‘raikan’ keputusan mahkamah berkait Titah Adendum
Zambry yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata, tindakan wakil rakyat DAP itu tidak wajar kerana keputusan mahkamah berkenaan melibatkan penderitaan dan kesan besar terhadap individu serta keluarga terlibat.
Gag order titah adendum Najib masih tak boleh dibincangkan – Azalina
Menurut Azalina, gag order berkenaan isu titah adendum kepada permohonan pengampunan terhadap Najib masih tidak boleh dibincangkan.

















