Tag: badminton
Tiada layanan istimewa, sentimen kekeluargaan di ABM – Misbun
Beliau menegaskan bahawa anak saudaranya, Muhammad Fazriq Mohamad Razif perlu membuktikan kemampuannya dan bersaing dengan pemain lain bagi merebut posisi selaku pemain utama dalam skuad remaja kebangsaan.
Lin Dan gantung raket
Selain memenangi dua emas Olimpik, Lin Dan juga adalah juara dunia lima kali selain pernah bertakhta di ranking pertama dunia untuk satu tempoh yang lama.
Liek Hou mahu capai tahap terbaik sebelum Paralimpik Tokyo
Liek Hou yang dalam misi memburu pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo, berkata penangguhan temasya itu memberi kelebihan buatnya kerana mempunyai banyak masa untuk melakukan persiapan yang lebih baik sebelum aksi sebenar.
Kejohanan Terbuka Switzerland, Kejuaraan Eropah 2020 dibatalkan – BWF
Kedua-dua kejohanan itu sebelum ini diletakkan sebagai ‘ditangguhkan’ sehingga tarikh yang bersesuaian, bagaimanapun BWF hari ini mengumumkan pembatalannya.
Legenda badminton Malaysia Tan Aik Mong meninggal dunia
Aik Mong, adik lelaki kepada seorang lagi jaguh badminton Malaysia iaitu Tan Aik Huang, adalah juara Kejohanan All England dalam acara lelaki perseorangan pada 1966 selain mewakili negara dari tahun 1966 hingga 1975.
KBS mohon skuad badminton mula berlatih 1 Jun
Reezal Merican menjelaskan hanya 16 pemain dan enam jurulatih akan terlibat dengan program latihan tersebut selain dianggarkan lebih kurang 50 orang akan terlibat dalam perkhidmatan sokongan.
BAM hantar permohonan rasmi kepada MKN sambung sesi latihan skuad kebangsaan
Sesi latihan berkenaan adalah bagi memantapkan persediaan skuad kebangsaan dalam menghadapi beberapa kejohanan penting pada tahun ini termasuk pusingan akhir Piala Uber/Thomas di Aarhus, Denmark, Oktober ini.
Ahli Majlis MBSA main badminton didenda RM1,000
Jumaat lalu, seorang Ahli Majlis MBSA dan tiga rakannya ditahan polis kerana melanggar arahan PKP dengan bermain badminton di Dewan MBSA, Seksyen 25, Shah Alam.
Tiada sekatan ke atas pemain China – BWF
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam satu kenyataan berkata, pemain badminton China bebas untuk menyertai mana-mana acara, dan pihaknya percaya pihak tuan rumah akan memberikan bantuan penuh dan melayan para atlet dari Persatuan-persatuan Anggota (MAs) dengan saksama.
Kento Momota, dua pegawai sukan pulang ke Jepun
Momota dan dua pegawai sukan itu tiba di KLIA kira-kira 8.10 pagi dalam tiga kenderaan berasingan dan disambut oleh Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.
















