Saturday, April 27, 2024
Home Tag Covid-19. perintah

Tag: Covid-19. perintah

Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

Jadi apa yang penting sekarang ialah kita mematuhi perintah ini supaya pihak kerajaan dapat mengawal penularan wabak ini dengan lebih efisien dan cepat. Harus diingat ini bukan perintah berkurung penuh yang akan menyebabkan kita tidak boleh keluar rumah langsung kecuali pada masa tertentu yang ditetapkan sahaja. Perintah ini lebih kepada mengawal dan mengurangkan pergerakan orang agar dapat mengurangkan perhubungan serta penyebaran virus ini. Itu sebabnya semua premis kerajaan, sekolah, premis perniagaan serta perhimpunan awam yang kebiasaannya melibatkan pergerakan dan perhimpunan orang ramai ditutup dan tidak dibenarkan. Ini termasuklah penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk solat Jumaat.