Tag: dap
Keputusan saya muktamad: ADUN Rahang umum keluar DAP
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang, Mary Josephine Prittam Singh mengumumkan keluar DAP hari ini.
Tun M serba salah, bukan beliau cadang Mukhriz jadi TPM2
Mendedahkan cadangan tersebut bukan daripada dirinya sendiri, sebaliknya beliau berkata nama Datuk Seri Mukhriz sudah disebut untuk jawatan berkenaan sebelum kenyataannya bersama Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dikeluarkan pada 22 Jun yang lalu.
Shafie calon PM-9: DAP, Amanah mahu bincang terlebih dahulu
DAP dan Amanah mahu supaya cadangan menamakan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat kedua-dua parti itu terlebih dahulu.
Saya tidak ingin bersama Muhyiddin – Tun M
Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau enggan bekerjasama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan meramalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bakal kalah dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) akan datang selepas ditinggalkan oleh UMNO.
“DAP sudah banyak berubah” – Tun M
Dr. Mahathir berkata, berbanding DAP yang "sangat Cina" dulu, DAP kini mampu memenangi kerusi walaupun meletakkan orang Melayu sebagai calon.
“Bila saya pernah mungkir janji?”
Malahan saya nyatakan tarikh persaraan yang saya tidak bagi sebelum ini. Tetapi, dia ternyata tidak selesa. Anwar mahu menjadi PM sekarang dan tidak mahu tunggu enam bulan, kata Dr. Mahathir.
Saya perlu cari jalan lain untuk jadi PM – Dr Mahathir
"Saya tidak mahu bekerjasama dengan beliau (Anwar) kerana beliau tidak mahu bekerjasama dengan saya. Saya perlu mencari jalan lain untuk menjadi PM, mungkin ada lagi cara lain."
DAP, Amanah tidak pernah abaikan Anwar demi Mahathir, kata Kit Siang
“Kita tidak boleh terus dibelenggu dengan sejarah silam, jika tidak, keputusan bersejarah 9 Mei 2018 untuk membawa pertukaran kerajaan secara aman dan demokratik mungkin tidak akan berlaku.
DAP, Amanah mahu Tun M jadi PM-9, Anwar PM-10
DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) yakin Pakatan Harapan (PH) mampu menunggu enam bulan lagi untuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Amanah dan DAP bidas Bendahari Agung PKR
Khalid Samad dan Anthony berkata Lee juga tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat Majlis Presiden. justeru itu, Bendahari Agung PKR itu tidak tahu isi kandungan perbincangan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat 30 Mei yang lalu.

















