Thursday, August 20, 2026
Home Tag Disalur

Tag: disalur

RM3.14 juta disalur kepada 27 rumah ibadat bukan islam di Johor

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyalurkan peruntukan RM3.14 juta kepada 27 Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) di Johor bagi tahun 2026 untuk kerja penyelenggaraan, pengubahsuaian, pembinaan baharu dan pembaikan kecemasan. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, inisiatif itu membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam memelihara keharmonian masyarakat majmuk, kebebasan beragama dan memastikan setiap komuniti menikmati manfaat pembangunan secara adil, dengan Johor telah menerima keseluruhan RM18.75 juta bagi 154 RIBI sejak 2023.