Saturday, April 27, 2024
Home Tag Jabatan Bomba dan Penyelamat

Tag: Jabatan Bomba dan Penyelamat

Operasi SAR Mangsa Tertimbus di Tapak Perkhemahan #TanahRuntuh

Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan anggota Pertahanan Malaysia melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang tertimbus di lokasi tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 16 DISEMBER 2022.

Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh Jadi Tumpuan #TanahRuntuh

Kenderaan trak polis dipercayai membawa mayat mangsa korban kejadian tanah runtuh di Batang Kali ke Jabatan Forensik di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 16 DISEMBER 2022.

LENSA MG | Keadaan Mangsa-Mangsa Tanah Runtuh Dibawa Keluar

Reaksi sedih salah seorang mangsa tanah runtuh yang berjaya diselamatkan ketika berada di Balai Polis Hulu Yam Bharu selepas dibawa keluar daripada lokasi kejadian tanah runtuh di FatherÕs Organic Farm, Batang Kali, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 16 DISEMBER 2022.

Air Pasang Besar Paras 5.4 Meter di Klang

Anggota Bomba meninjau kawasan yang dinaiki air berikutan fenomena air laut pasang besar dan monsun timur laut yang mencecah paras 5.4 meter ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Pengkalan Nelayan Tok Muda Kapar, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 13 SEPTEMBER 2022.

Inilah cerita Mat Kilau yang sebenar – Cucu

Jelas cucu kepada Mohamed Ibrahim atau Mat Kilau, Mohd Al-Hamadi Abu Bakar, 55, filem yang diarahkan oleh Syamsul Yusof ini sekaligus menafikan bahawa figura Mat Kilau adalah mitos dan dongengan.

Abang Bomba Sertai ‘Fun Run’

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M Noor Azman Taib (tengah) diiringi Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid (kiri) menyempurnakan gimik perlepasan Larian Bomba #KeluargaMalaysia sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2022 di Dataran Perbadanan Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 28 MEI 2022.

Tanah Runtuh di Lestari Perdana Seri Kembangan

Pekerja kontraktor melakukan kerja-kerja pemasangan cerucuk besi susulan tanah mendap yang berlaku semalam di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 26 JANUARI 2022.

Berganding Bahu Bersihkan Sisa Banjir

Sukarelawan dan kontraktor pembersihan membantu membersihkan sampah dan sisa banjir di kawasan sekitar perumahan pada Program Mega Pembersihan Pasca Banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 08 JANUARI 2022.

Kudrat Anggota ATM, Bomba Bantu Mangsa Banjir

Beberapa anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan bot bagi membantu membawa keluar mangsa-mangsa banjir skibat hujan berterusan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Seri Muda Seksyen 25, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 21 DISEMBER 2021.

BOMBA Operasi Sanitasi Pangsapuri #Covid19

Anggota bomba melakukan kerja-kerja disinfeksi pada Operasi Sanitasi Massa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Pangsapuri Desa 288, Ampang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 29 MEI 2021.