Thursday, August 20, 2026
Home Tag Jabatan Bomba dan Penyelamat

Tag: Jabatan Bomba dan Penyelamat

Kebakaran 80 Peratus Wisma Jakel Shah Alam

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan kerja-kerja pemadaman api selepas 80 peratus kebakaran berlaku melibatkan sebuah gedung pakaian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Wisma Jakel Shah Alam. Foto MUHD NA’IM, 01 JANUARI 2023.

‘Foto Menarik’ Sepanjang Tahun 2022

Pengasas Madrasah, Ustaz Khairul Umam Muhit menjirus air perigi yang didoakan para ulamak kepada pelatihnya dalam upacara mandian Syifak di setiap malam jumaat dengan usaha dan tawakal bagi menyembuhkan dari ketagihan, menghilangkan dari gangguan dan penyembuh kerohanian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada 28 April di Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 31 DISEMBER 2022.

Suasana dan Gelagat Anjing K9 Selepas Operasi Ditamatkan #TanahRuntuh

Gelagat anjing Unit K-9 berlari seperti meraikan kejayaan ketika diberi 'reward' oleh anggota bomba selepas tamatnya operasi mencari dan menyelamat keseluruhan 92 mangsa tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 25 DISEMBER 2022.

Operasi Tamat! Terima Kasih Anggota Penyelamat #TanahRuntuh

Anggota penyelamat merasakan lega ketika meraikan kejayaan menjumpai mayat terakhir mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di FatherÕs Organic Farm, Batang Kali, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 24 DISEMBER 2022.

Suasana Malam di Batang Kali #TanahRuntuh

Suasana malam yang dipenuhi bintang sekitar jalan menghala ke Father's Organic Farm yang berlakunya tanah runtuh ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Batang Kali, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 23 DISEMBER 2022.

Operasi ‘Sweeping’ Laluan Sungai Kedondong #HariKe7

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) melakukan operasi Sweeping di sekitar sungai Kedondong dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 22 DISEMBER 2022.

Hari Keenam Tragedi Tanah Runtuh

Operasi pencarian mangsa tanah runtuh terpaksa dihentikan seketika berikutan hujan lebat yang melanda pada hari keenam di Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 21 DISEMBER 2022.

Hari Keempat – Misi Mencari 9 Baki Mangsa #TanahRuntuh

Unit Anjing Pengesan (K-9) JBPM dirawat dan direhatkan selepas selesai hari keempat misi mencari dan menyelamat baki mangsa iaitu sembilan orang di lokasi kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm Batang Kali, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 19 DISEMBER 2022.

Unit Anjing Pengesan (K-9) Grouse dan Denti

Unit Anjing Pengesan (K-9) JBPM bernama Denti (kanan) ketika misi mencari dan menyelamat baki mangsa iaitu sembilan orang pada hari ketiga di lokasi kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm Batang Kali, Selangor.

LENSA MG | Suasana Operasi SAR di Zon Merah #TanahRuntuh

Anggota bomba menggunakan pelbagai jenis kren bagi menyambung misi mencari dan menyelamat baki mangsa yang tertimbus di lokasi kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm Batang Kali, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 18 DISEMBER 2022.