Tag: keluar parti
Seramai 11 lagi AJK Bersatu cawangan keluar parti, sokong BN
“Saya tak terperanjat pun kalau lebih ramai daripada Pakatan Harapan (PH) atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Bersatu sekali pun keluar untuk menyokong kami (BN) kali ini," kata Adham.
Tindakan Laili tinggalkan Bersatu sudah dijangka – Abdul Halim
Ditanya sama ada tindakan Laili itu susulan kekecewaannya tidak dipilih sebagai calon, tambah Halim, ia tanggapan tidak betul kerana kedudukannya sebagai ketua bahagian parti itu tidak semestinya menjamin jawatan tertentu yang diharapkan.
Ketua Bahagian Bersatu Mersing keluar parti, kembali kepada UMNO
Ketika jentera pilihanraya Bersatu di Dewan Undangan Negeri Endau, di Mersing khusyuk berkempen untuk calon mereka Alawiyah Talib untuk mempertahankan kerusinya untuk penggal kedua pada Pilihan Raya Negeri Johor kali ini, mereka dikejutkan dengan berita terburuk.
Saya masih menteri, belum dapat apa-apa notis – Zuraida
Menurut Zuraida yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, beliau baharu sahaja pulang dari lawatan kerja rasmi di Iran dan tidak mengetahui lebih lanjut mengenai situasi terkini.
Sokongan parti tak diukur melalui kehilangan ahli – Ahmad Fahysal
Ketua Armada itu berkata, tindakan ahli keluar daripada parti lazimnya akan berlaku setiap kali berlakunya pilihan raya dan biarlah medan PRN Johor menentukan sama ada Bersatu masih mendapat sokongan atau tidak.
Kami keluar Bersatu kerana rasa tak dihargai – Mohd. Zahid
Mohd. Zahid menyerahkan borang keahlian UMNO kesemua 50 bekas ahli Bersatu cawangan itu kepada Mohamed Khaled yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Tindakan Mazlan letak jawatan, keluar parti adalah langkah politik
Mazlan sepatutnya mengambil tindakan itu lebih awal sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diumumkan, susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN). - Kamaruzzaman Abu.
Bersatu hadapi defisit keyakinan, beberapa ADUN keluar parti
Ahmad Zahid berkata, perkara itu perli ditanya kepada empunya tuan kerana mereka mempunyai jawapan atas tindakan dan keputusan masing-masing.
Mazlan Bujang sah keluar Bersatu sokong BN
Beliau yang juga Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor memaklumkan membuat keputusan itu dengan pemikiran yang waras.
Kadang-kadang rasa seperti anak tiri dalam parti sendiri – Mazlan
"Semua tunggu esok. Sidang media kita adakan esok,” katanya yang dijangka mengumumkan untuk keluar Bersatu bersama dua lagi wakil rakyat parti itu esok.
















