Tag: Kerajaan Perpaduan
Tiada keperluan adakan PRU awal – Fahmi
Fahmi Fadzil berkata, berdasarkan tempoh semasa, PRU seterusnya boleh diadakan selewat-lewatnya pada penghujung tahun depan.
Kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan kekal utuh, stabil – Fahmi Fadzil
Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata situasi politik pada peringkat negeri merupakan perkara yang berasingan daripada kedudukan kerajaan peringkat Persekutuan.
‘Tiada politiking’, PRN Johor dan N9 tidak gugat Kerajaan Perpaduan –...
Sebarang perkembangan politik susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan tidak akan menjejaskan kestabilan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan yang akan terus mentadbir negara sehingga Parlimen dibubarkan.
Tiada lagi kebersamaan, MoU BN-PH perlu ditamatkan – Puad
"Jangan apologatik. Alasan negeri lain pusat lain sudah tidak relevan. Ternyata BN-PN mahu menubuhkan kerajaan Melayu dominan. Kena hentikan conflict of interest," tambahnya.
Kerjasama BN dalam Kerajaan Perpaduan bukan `kontrak sampai mati’ – Khaled...
Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, keputusan BN bertanding dalam mana-mana pilihan raya termasuk menentang PH aadalah bagi memulangkan semula mandat dan membolehkan rakyat membuat keputusan parti yang diyakini mereka untuk mengemudi negara.
Tiada ‘langkah Bangkok’ atau ‘langkah Dubai’, tegas Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi BN berkata, komitmen tersebut selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong ketika pembentukan Kerajaan Perpaduan dan tidak pernah berubah.
PH semakin angkuh, gagal ambil iktibar kekalahan PRN Johor – Razlan...
Sikap Pakatan Harapan (PH) yang didakwa semakin angkuh dan enggan mengambil iktibar daripada kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bakal mengundang satu lagi penolakan rakyat pada pilihan raya akan datang.
Jangan hanya desak UMNO, Warisan pun pernah lawan PH – Akmal
Dan jika selepas ini berlakunya PRN Sarawak dan GPS bertanding melawan PH, desak juga GPS untuk keluar daripada Kerajaan Persekutuan
PRN N9: ‘Orang politik bernafsu besar’ kecewakan rakyat yang mahukan perpaduan
Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, pencapaian kerajaan Negeri Sembilan membawa kemakmuran dan kebaikan kepada rakyat negeri itu juga 'dirompak' dengan penarikan sokongan 14 orang Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO sehingga 'memaksa' pembubaran DUN berlaku.
BN wajar tinggalkan Kerajaan Perpaduan jika menang PRN Johor – Pemerhati...
Beliau mendakwa perkembangan itu menggambarkan Kerajaan Perpaduan kini berada dalam keadaan yang tidak lagi kukuh, malah menyifatkannya sebagai "kerajaan perpecahan".

















