Monday, September 14, 2026
Home Tag KKM

Tag: KKM

NGO minta KKM, AGC tidak bertanding semakan kehakiman keputusan nikotin

Pada masa ini tiada sebarang undang-undang atau peraturan berkenaan pengendalian peranti vape dan rokok elektronik serta penggunaan nikotin dalam peranti itu. - Dr Murallitharan Munisamy.

Tafsiran Tun Mahathir terhadap peruntukan Perlembagaan Persekutuan tidak tepat – Napsiah

Kenyataan bekas Perdana menteri itu juga dilihat berbahaya kerana tafsiran negarawannya juga memberikan implikasi bahawa warganegara bukan Melayu seolah-olah tiada tempat dan sekadar kelas kedua

Pelitup muka tidak lagi wajib di hospital, pengangkutan awam – KKM

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, bagaimanapun peraturan pemakaian pelitup muka ini dikekalkan dan wajib bagi pesakit positif Covid-19 dan kakitangan kesihatan susulan prosedur kawalan jangkitan ketika berurusan dengan pesakit.

Bayaran elaun pegawai perubatan bersifat bulanan bukan ikut jam – KKM

Pembayaran elaun tugas atas panggilan (ETAP) kepada pegawai perubatan merupakan imbuhan terhadap tanggungjawab tambahan yang dijalankan oleh mereka dalam merawat pesakit semasa bertugas ketika panggilan (On-Call) di hospital selepas waktu bekerja biasa.

Elakkan kebanjiran ‘doktor palsu’ – Perdim

Akta ini perlu bagi memastikan cadangan ini tidak disalah guna untuk tujuan perniagaan. Sebagai contoh, adalah tidak munasabah seorang doktor keluarkan 1,000 preskripsi sehari gunakan platform maya. - Dr Boi Saidi Abd Razak.

42 Hospital Kluster diwujudkan dalam tempoh sedekad

Mengulas lanjut mengenai pencapaian inisiatif itu, Zaliha berkata, terdapat peningkatan penggunaan fasiliti terutamanya di hospital tanpa pakar selain menambah baik waktu menunggu pesakit.

Status peralihan fasa endemik dibentang ke Jemaah Menteri minggu depan

Bahagian kesihatan awam telah memberi saranan untuk kita laksanakan SOP yang boleh dikategorikan sebagai SOP baharu dan selepas itu kita akan buat pengumuman mengenai perkara berkenaan. - Dr Zaliha Mustafa.

Kes Covid-19 menurun

Kadar kemasukan pesakit Covid-19 (termasuk pesakit yang disyaki) ke fasiliti kesihatan awam juga menurun dari 4.4 kepada 3.8 bagi setiap 100,000 penduduk pada tempoh tersebut.

KKM wajar contohi etika pemakaian patuh syariat – Wan Razali

Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor berkata, kerajaan perlu mengkaji semula etika pemakaian supaya golongan itu diberi pilihan untuk memilih pakaian yang lebih sesuai, longgar, menutup aurat dan selesa ketika menjalankan tugasan.

Kertas Putih: KKM cadang struktur fi rendah dikaji semula

Cadangan itu dibuat menerusi Kertas Putih setebal 57 halaman dengan reformasi berkenaan dicadang untuk menyasar subsidi penjagaan kesihatan dengan lebih baik.