Tag: LLA
FGV masih belum terima notis dari Felda
Haris Fadzilah berkata, beliau telah menulis surat kepada Felda tetapi setakat ini tiada perkembangan lanjut.
CGS-CIMB jangka LLA Felda-FGV tidak diteruskan jika pampasan lebih RM3.5 bilion
CGS-CIMB berkata, jumlah pampasan akan tinggi bergantung kepada tahun kewangan yang digunakan bagi pengiraannya.
FGV tidak terjejas dengan penamatan LLA
Menurutnya, rantaian bekalan ladang FGV tetap utuh kerana ladang-ladang LLA hanya mewakili 30% Tandan Buah Segar (TBS) yang diproses di 68 kilang kelapa sawit FGV.
Felda bakal terbit sukuk, tamatkan LLA
Kabinet meluluskan cadangan penerbitan sukuk dengan jaminan kerajaan bernilai RM9.9 bilion oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi melaksanakan pelan pemulihan agensi berkenaan.
Tanah peneroka tidak terlibat dalam LLA – FGV
Syarikat peladangan sawit terbesar negara itu dalam kenyataannya berkata, mereka bersedia mengikut prosedur yang telah digariskan dalam LLA sekiranya menerima notis daripada Felda mengenai perkara tersebut.
LLA: Felda belum berunding dengan FGV
Sekiranya Felda berhasrat ingin membeli kilang-kilang kelapa sawit FGV, ia harus berdasarkan “pembeli bersedia, penjual bersedia” dan nilai pasaran semasa. Ia juga memerlukan kelulusan pemegang-pemegang saham yang lain melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa.
Felda perlu tanggung komitmen RM1.5 bilion setahun jika ambil FGV
FGV Holdings Bhd. (FGV) telah membuat pembentangan mengenai prestasi dan pengeluaran syarikat tersebut kepada Jawatankuasa Khas Menangani Isu-Isu Felda termasuk komitmen yang ditanggung oleh syarikat peladangan sawit terbesar negara itu iaitu kira-kira RM1.5 bilion setahun.
FGV setuju semak semula LLA
perkara tersebut telah kerap dibangkitkan sejak tiga tahun lalu sehingga menimbulkan kebimbangan kepada pemegang-pemegang saham mereka.