Tag: MADINAH MOHAMAD
Madinah perlu beri penjelasan, jangan putar belit fakta isu RCI Tabung...
AMK berkata pendedahan Ahli RCI Tabung Haji, Tan Sri Rashid Hussain itu menimbulkan persoalan terhadap naratif bahawa Madinah sebelum ini kononnya tidak diberikan peluang untuk memberikan keterangan.
Jika ada bukti kecurian, penyelewengan TH, pasti saya laporkan – Madinah
Tan Sri Madinah Mohamad berkata, pasukan audit ketika itu menjalankan tugas berdasarkan bukti serta piawaian pengauditan dan sebarang penyelewengan yang ditemui pasti akan diketengahkan.
Tun Mahathir minta tunggu sebelum sijil audit Tabung Haji dimuktamadkan –...
Bekas Ketua Audit Negara berkata, ketika itu beliau perlu mengeluarkan sijil audit pada Julai 2018, kira-kira dua bulan selepas kerajaan baharu pimpinan Mahathir mengambil alih pentadbiran pada 9 Mei tahun sama.
Risiko pengeluaran besar-besaran dorong keputusan audit TH tanpa teguran
Mantan Ketua Audit Negara itu berkata, kebimbangan tersebut perlu dilihat dalam konteks kedudukan Tabung Haji ketika kerajaan baharu baru dua hingga tiga bulan mengambil alih pentadbiran pada 2018.
Madinah terkilan disapina RCI tetapi tak dipanggil beri keterangan
“Saya terkilan kerana disapina untuk RCI, tunggu di luar pintu tetapi urus setia kata saya tidak perlu beri keterangan,” katanya ketika membentangkan perkara itu pada program ‘Musyawarah Nasional: Realiti atau Persepsi: Jangan Politikkan Tabung Haji’ di sini, hari ini.
JAN, PwC guna mandat dan metodologi berbeza dalam semakan TH –...
“Bila kita membandingkan dapatan JAN dengan semakan PwC, kita perlu faham bahawa kedua-duanya tidak menggunakan mandat, objektif dan metodologi yang sama,” katanya.
Nafisah beri gambaran jelas dakwaan pindaan maklumat 1MDB
Maklumat tentang apa yang telah diberikan seperti biasa kita tidak dapat dedahkan kerana kekangan perintah tetap yang perlu saya patuhi. Tetapi, saya boleh beritahu anda, kami sangat berpuas hati.
Madinah pertahan kenyataan wujud pindaan maklumat 1MDB
“Saya sudah beri keterangan kepada PAC. Kita juga telah memberikan bukti-bukti berbentuk dokumen kepada mereka tetapi saya rasa ada baiknya jika Pengerusi PAC sendiri memberikan maklumat kepada pihak media,”
KBS, KKLW akan dipanggil balik PAC
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula beberapa kementerian kerana terdapat teguran dan kelemahan dalam laporan kewangan masing-masing.
Pengerusi PAC, Datuk Seri Hassan Ariffin berkata daripada Laporan Ketua Audit Negara siri kedua tahun lalu, terdapat empat teguran yang dibuat badan itu.














