Wednesday, August 19, 2026
Home Tag Mahkamah Balik Pulau

Tag: Mahkamah Balik Pulau

Pensyarah didenda RM150 cederakan suami dengan buluh

Mengikut pertuduhan, tertuduh atas bangkitan marah telah memukul suaminya, Mohd Nasir Abdul Halim, 48, menggunakan batang buluh sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian kepala dan tangan di hadapan rumah mereka di Teluk Kumbar di sini, jam 11 pagi pada 4 Julai lalu.

3 ahli geng mengaku bersalah pecah masuk dobi

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap kesemua tertuduh bagi pertuduhan pertama dan lapan bulan penjara bagi pertuduhan kedua selain menetapkan hukuman itu berjalan serentak bermula hari ini.

Suami isteri didakwa aniaya anak sehingga mengakibatkan kecederaan fizikal

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa sebagai orang yang mempunyai hubungan pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dengan cara menganiaya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Gagal pastikan keselamatan pekerja, syarikat didenda RM30,000

Syarikat itu didakwa mengikut Seksyen 18B(1) dan Seksyen 29A(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Pindaan) 2022 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Remaja 17 tahun tak mengaku salah cederakan anggota polis

Sebelum memutuskan jumlah jaminan, Huey Ting mempersoalkan kenapa lelaki tersebut bertindak melanggar anggota berkenaan dan dia memberi alasan motosikal ditungganginya tiada cukai jalan.

Pemilik premis ikan hiasan didakwa miliki dua pistol termasuk tiruan

Seorang pemilik premis ikan hiasan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dua laras senjata termasuk satu yang tiruan pada Isnin dan Selasa lalu.

Lelaki dipenjara tiga bulan ugut hempas bayi 25 hari, tikam bapa

Ketika prosiding Lushani meminta mahkamah menawarkan hukuman setimpal terhadap tertuduh namun, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh memohon lelaki itu dikenakan hukuman penjara yang minima susulan tidak mempunyai wang untuk membayar denda.

4 ditahan, polis selamatkan mangsa pemerdagangan manusia

Perintah reman bermula hari ini dibenarkan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Merusuh angkara kekasih, 18 individu didakwa

10 tertuduh yang mengaku bersalah itu dikenakan denda RM800 setiap seorang manakala lapan lagi yang tidak mengaku bersalah masing-masing dibenarkan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin.

Anak, bapa tak mengaku salah terima deposit tanpa lesen

Hakim kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM36,000 bagi kesemua pertuduhan bersama seorang penjamin tempatan serta syarat tambahan seperti yang ditawarkan Jin Hong.