Tag: malaysia
Daily Life – Gelagat Penyokong #HarimauMalaya #finalAFFSuzukiCup2018
Gelagat seorang bapa mendukung anaknya semasa berkumpul dihadapan kompleks Sogo sebelum berarak ke Dataran Merdeka bagi menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentung Vietnam menerusi skrin gergasi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 DISEMBER 2018
Sesi Latihan Skuad Harimau Malaya #finalAFFSuzukiCup2018
Skuad Harimau Malaya semasa sesi latihan rasmi bagi menghadapi perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam. foto FAREEZ FADZIL, 14 DISEMBER 2018
Sesi Latihan Skuad Vietnam #finalAFFSuzuki2018
Ketua Jurulatih pasukan Vietnam, Park Hang Seo semasa sesi latihan rasmi bagi menghadapi perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam. foto FAREEZ FADZIL, 14 DISEMBER 2018
Sidang Media Perlawanan Akhir kedua #AFFSuzukiCup2018
Penjaga gol Malaysia, Mohd Farizal Marlias (kanan) bersalaman dengan pemain Vietnam, Nguyen Anh Duc (dua kiri) sambil diiringi Ketua Jurulatih pasukan Malaysia, Tan Cheng Hoe (dua kanan) dan Ketua Jurulatih pasukan Vietnam, Park Hang Seo (kiri) pada sidang media bagi menghadapi perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang Vietnam di Pejabat Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF), Hanoi, Vietnam. foto FAREEZ FADZIL, 14 DISEMBER 2018
Vietnam perlu menang Piala AFF untuk hakis persepsi rasuah
Tuan rumah Vietnam perlu menang Piala AFF Suzuki pada Sabtu ini bagi mengembalikan kepercayaan peminat mereka yang masih dibelenggu persepsi negatif terhadap isu rasuah yang membelenggu sukan nombor satu rakyat negara ini.
Skuad Harimau Malaya Berlatih Dalam Cuaca Sejuk di Vietnam #finalAFFSuzukiCup2018
Skuad Harimau Malaya mula membuat latihan bagi menghadapi perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang Vietnam di Padang Latihan Stadium My Dinh, Vietnam. foto FAREEZ FADZIL, 13 DISEMBER 2018
Singapura fail deklarasi elak Malaysia mulakan prosedur timbang tara
Singapura memfailkan satu deklarasi di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut Antarabangsa (UNCLOS) bagi memastikan Malaysia tidak memulakan prosedur timbang tara atau penghakiman unilateral pihak ketiga berhubung pertikaian sempadan maritim antara kedua-dua negara.
Defisit fiskal diunjur 3.3% pada 2019
Ia berkata, Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana Kerajaan yang menyasarkan kekurangan purata sebanyak 3.1 peratus daripada KDNK sepanjang 2019-2021, dianggap dapat dicapai, yang menonjolkan komitmen kerajaan terhadap konsolidasi fiskal.
Malaysia, Singapura perlu penyelesaian ‘menang-menang’ – TMJ
Saya berharap kedua-dua negara dapat mencari penyelesaian ‘win-win situation’ untuk sama-sama berjaya dan tidak terperangkap dengan isu yang tidak sepatutnya berlaku - Tunku Mahkota Johor
Skuad Harimau Malaya Selamat Tiba di Vietnam #finalAFFSuzukiCup2018
Pemain-pemain Malaysia ketika tiba di lapangan terbang bagi menghadapi perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Vietnam di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Vietnam . foto FAREEZ FADZIL, 13 DISEMBER 2018

















