Tag: PBB
PBB perlu bantuan segera untuk Rohingya
BANGLADESH - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memerlukan bantuan segera berjumlah AS$77 juta bagi membantu penduduk Islam Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh sejak keganasan meletus dua minggu lalu.
Kira-kira 290,000 Rohingya dikatakan telah melarikan diri dari negeri Rakhine dan mencari perlindungan di Bangladesh sejak 25 Ogos.
Terdapat keperluan terdesak untuk makanan, air dan perkhidmatan kesihatan untuk pelarian yang baru tiba di Bazaar Cox, tambah PBB.
Pelarian yang melarikan diri mendakwa kediaman di kampung-kampung mereka telah dibakar oleh tentera Myanmar.
Keganasan bermula pada 25 Ogos lalu apabila pemberontak Rohingya menyerang polis di negeri utara Rakhine Myanmar.
Penduduk Rohingya - minoritinya tanpa kerakyatan dan beragama Islam.
Bagaimanapun, Myanmar menolak dakwaan keganasan yang didakwa penduduk Rohingya tetapi menyatakan tenteranya memerangi 'pengganas' Rohingya
Agensi bantuan di Bazaar Cox Bangladesh memaklumkan jumlah yang melarikan diri berjumlah beribu-ribu orang.
Mereka berada di tepi-tepi jalan menunggu trak-trak makanan.
Penyelaras Penduduk PBB di Bangladesh, Robert Watkins berkata, jumlah pelarian yang memasuki sempadan Bangladesh tidak henti-henti.
"Mereka ini perlu diberi bantuan kerana kebanyakan mereka datang tanpa membawa apa-apa," katanya sambil memberitahu agensi itu perlu membina 60,000 tempat perlindungan, selain makanan, air bersih dan perkhidmatan kesihatan. - MalaysiaGazette
Malaysia harap isu penindasan Rohingya segera dibawa ke PBB
Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, krisis kemanusiaan yang sedang dihadapi etnik minoriti Islam Rakhine itu perlu segera dibawa ke pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mencari jalan penyelesaian.
Korea Utara mahu perang
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un didakwa "memohon untuk berperang" dengan ujian bom nuklearnya yang dilancarkan baru-baru ini, kata wakil Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Korea Utara keterlaluan – PBB
Dalam satu kenyataan itu, 15 anggota Majlis Keselamatan PBB menuntut Korea Utara mengambil tindakan segera, konkrit untuk mengurangkan ketegangan dan menyeru semua negara melaksanakan sekatan ke atas Pyongyang.
Korea Utara hina negara-negara jiran, PBB
Beliau berkata, tindakan Korea Utara itu hanya akan meningkatkan pengasingan dan meletakkan "semua pilihan" berada di atas meja.
Korea Utara ancam bertindak terhadap sekatan baharu
Negara itu menyifatkan PBB telah melanggar kedaulatan, menurut agensi berita rasminya KCNA.
PBB kenakan sekatan baharu kepada Korea Utara
Resolusi yang dirangka oleh Amerika Syarikat itu mengharamkan eksport arang batu, besi, bijih timah, dan makanan laut Korea Utara.
Najib ucap tahniah kepada Ali Hamsa dilantik anggota UN CEPA
"Tahniah DrAliHamsa! Pelantikan anda sebagai anggota Jawatankuasa Pakar Pendtadbiran Awam PBB merupakan pengiktirafan terhadap dasar-dasar inklusif Malaysia," kata Najib
Bukan masa berdialog dengan Korea Utara – Jepun
Jepun yang kecewa dengan tawaran Korea Selatan untuk mengadakan perbincangan dengan Korea Utara menegaskan bahawa tekanan melalui sekatan sepatutnya dilakukan terhadap Pyongyang.
Myanmar tidak benar PBB siasat kekejaman ke atas Rohingya
Myanmar menegaskan bahawa siasatan domestik yang diketuai oleh bekas leftenan jeneral dan Naib Presiden, Myint Swe sudah mencukupi untuk melihat tuduhan di Rakhine.

















