Tag: PDRM
Operator kilang cedera ditembak, suspek diberkas bersama revolver
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Tengku Mohd Faizal Tengku Yeng yang mengesahkan insiden itu berkata, kejadian kira-kira jam 11.50 malam di Kampung Permatang Durian.
Victor Chin persoal mengapa individu, syarikat mengenalinya disiasat di bawah AMLA
Ahli perniagaan, Victor Chin Boon Long tampil mengeluarkan kenyataan selepas hampir enam bulan berdiam diri, susulan siasatan pihak berkuasa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) yang dikaitkan dengan beliau.
Polis Tawau Rampas 23.5Kg Syabu Bernilai RM1.64 Juta #MGFlash
Polis berjaya menumpaskan satu rangkaian pengedaran dadah selepas merampas lebih 23.5 kilogram syabu bernilai RM1.64 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar daerah Tawau, Jumaat lalu.
Polis giat buru suspek utama serangan ke atas Cikgu Chandra
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan kes khianat dan ugutan jenayah itu menunjukkan perkembangan positif, namun pihaknya belum dapat menahan individu utama yang dipercayai terlibat.
Op Selamat 26 #Aidilfitri
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali mengedarkan beg cenderahati kepada peniaga pada Majlis Pelancaran Op Selamat 26 sempena Hari Raya Aidilfitri di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 17 MAC 2026.
IGP Sahkan Zamri Vinoth, Tamim Dahri, Arumugam Antara 4 Individu Akan...
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, kertas siasatan telah selesai dan sudah dirujuk secara berasingan kepada Pejabat Peguam Negara serta Pengarah Pendakwaan Negeri selaras dengan Perkara 145(3) Perlembangaan Persekutuan.
4 suspek curi kabel MRT Laluan Putrajaya dicekup
Tangkapan dilakukan susulan laporan polis yang dikemukakan oleh Prasarana berhubung kejadian kecurian kabel yang berlaku berhampiran Stesen Sri Damansara Barat pada 3 Mac lalu.
Lelaki maut ditetak di Tangkak, polis buru tiga suspek
Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata siasatan awal mendapati kejadian bermula dengan pertengkaran berhampiran sebuah kedai makan sekitar 7.40 malam sebelum mangsa melarikan diri ke kawasan berhampiran sebuah rumah di Batu 9, Bukit Kangkar.
Zamri Vinoth, Tamim Dahri larikan diri ke Thailand – Polis
Polis mengesahkan penceramah bebas Zamri Vinoth dan aktivis Tamim Dahri yang disiasat melibatkan beberapa kes berasingan telah melarikan ke Thailand.
Polis buru suspek cubaan curi kabel di Jalan Tambun
Berdasarkan rakaman video berkenaan, suspek dipercayai menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna putih dan telah membuka penutup lurang (manhole) di tengah jalan bagi tujuan mencuri kabel.

















