Tag: perhimpunan agung UMNO
BN perlu buat keputusan berani soal sistem cukai – Ka Siong
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong kekal konsisten dengan pendirian supaya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dipertimbangkan semula kerana Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mempunyai kelemahan tersendiri.
Penyatuan umat Islam akan berjaya – Nik Mohamad Abduh
“Sebagaimana kita amat berterima kasih kepada kehadiran UMNO di Muktamar Tahunan PAS ke-70 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan baru-baru ini, kita yakin bahawa UMNO juga gembira kita hadir ke sini,” katanya.
Ucapan Zahid perjelas hala tuju UMNO, BN hadapi PRU16 – KJ
“Saya rumuskan daripada ucapan ini, ini merupakan ucapan seorang bakal Perdana Menteri dan ucapan sebuah kerajaan yang bakal dibentuk,” katanya.
PAU 2026: Berikan Puteri UMNO ruang memimpin parti – Nurul Amal
“Apa yang kita buat, apa yang kita bina, apa yang kita cakap biarlah melambangkan wajah Puteri UMNO, seorang yang matang, seorang yang bijak, seorang yang boleh membawa suara wanita muda dan seorang yang boleh wanita muda harapkan untuk masa depan negara,” katanya.
PAU 2026: Kemiskinan tak patut halang kepada akses pendidikan adil, sempurna...
Dalam masa sama, Norliyana berkata jurang akses teknologi antara pelajar di bandar dan luar bandar serta perbezaan latar belakang ekonomi keluarga perlu diberi perhatian, terutama ketika dunia semakin berkembang dengan kecerdasan buatan (AI), teknologi STEM dan inovasi.
PAU 2026: Perketat kawal selia BNPL elak belia terjerat hutang –...
Setiausaha Puteri UMNO Negeri Pulau Pinang merangkap Ketua Puteri UMNO Bahagian Jelutong, Nur Ain Alauddin berkata, kemudahan kredit yang terlalu mudah boleh menyebabkan komitmen kecil terkumpul sehingga menjejaskan kemampuan golongan muda membina simpanan kecemasan dan masa depan.
Bantuan kepada ibu tunggal muda perlu diperluas – Nurul Amal
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, bantuan kepada golongan berkenaan perlu merangkumi aspek pekerjaan, penjagaan anak, bantuan guaman berkaitan nafkah dan perumahan supaya mereka dapat kembali berdikari.
Penyertaan 30 peratus wanita perlu diterjemah kepada peluang sebenar
Beliau berkata, Puteri UMNO turut memperjuangkan supaya diwujudkan laluan kepimpinan wanita muda bawah 40 tahun dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kerajaan tempatan, badan berkanun dan pembuatan dasar.
PRN Melaka: Puteri UMNO anggap undi anak muda sebagai ‘undi senyap’
“Generasi sekarang terlampau bijak dan memang bijak pun. Jadi mereka menilai dari segi bagaimana mereka menilai pemimpin,” katanya.
Harap lebih ramai wakil Puteri jadi calon PRN, PRU – Nurul...
“Wanita muda bukan sekadar diperlukan untuk menggerakkan jentera, bukan sekadar memenuhi dewan, bukan sekadar menjadi wajah kempen. Kita mesti diberikan ruang untuk memimpin,” katanya.

















